Wednesday, 6 February 2013

Tajuk 4 : Pemilihan Bahan Internet Untuk Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Melayu


Bahan pengajaran dan pembelajaran kini boleh diperolehi bukan hanya daripada buku-buku teks malah ia boleh didapati daripada bahan-bahan internet yang merupakan salah satu sumber yang besar dalam meyumbangkan bahan-bahan pengajaran. Hal ini kerana kita boleh mendapatkan bahan-bahan daripada negeri dan negara lain sebagai rujukan juga sebagai bahan bantu mengajar untuk kita gunakan dalam proses P&P terutamanya dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.
Pemilihan bahan internet untuk P&P Bahasa Melayu ini sering dipilih bagi pemilihan seperti berikut:

  •  Bahan sastera
  •   Bahan tatabahasa
  •  Bahan bidang ilmu lain

Berdasarkan aspek pendidikan, sebelum guru-guru menggunakan bahan-bahan sumber dari internet, sama ada untuk pengajaran dan pembelajaran secara langsung di bilik darjah atau sekadar sebagai bahan bantu mengajar yang telah terlebih dahulu dimuat turun, proses penilaian dan pemilihan perlu dilakukan. Hal ini perlu dilakukan supaya bahan sumber yang digunakan itu benar-benar membantu proses pengajaran dan pembelajaran. Perkara ini bagi mengelakkan timbulnya kesan negatif yang tidak dikehendaki atau djangka kepada proses pengajaran dan pembelajaran.


Rajah 1 : Ciri-ciri Pemilihan Bahan


Memilih Bahan Sastera

Bahan sastera merupakan bahan yang sering digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P). Bagi mendapatkan proses P&P yang berkesan, guru perlulah memilih bahan-bahan yang bersesuaian dengan tahap pembelajaran umur murid-murid mereka. Kriteria-kriteria tertentu perlulah diambil kira agar guru tidak tersalah memilih bahan yang ingin digunakan.


Rajah 2 : Jenis-jenis Bahan Sastera

Pemilihan bahan sastera mempunyai unsur-unsur tertentu yang berkait rapat
dengan bidang kesusasteraan. Menurut Hasim Awang (2003),empat unsur utama
harus diteliti ketika memilih bahan sastera dalam internet.

Rajah 3 : Unsur Utama Pemilihan Bahan Sastera

Memilih Bahan Tatabahasa

Bahan tatabahasa sebenarnya sering digunakan oleh guru untuk menjalankan latihan pengajaran. Kebiasaannya murid-murid sudah menguasai atau mengetahui bab yang dipelajari sebelum diberikan latihan tatabahasa ini. Hal ini kerana, pengajaran langsung daripada guru berkaitan tatabahasa lebih berkesan.
Jenis-jenis bahan tatabahasa
Senarai dibawah merupakan beberapa contoh jenis bahan tatabahasa
1. Kata Nama
2. Kata Kerja
3. Kata Tugas
4. Kata Sendi Nama
5. Peribahasa
6. Simpulan Bahasa

Memilih Bahan Bidang Ilmu Lain

Merujuk sukatan pelajaran Bahasa Melayu, Konsep 5P yang diperkenalkan telah memberikan peluang kepada guru untuk menjalankan pengajaran dan pembelajaran merentas bidang ilmu yang lain. Namun, pemilihan bahan ini haruslah berkaitan atau berkesinambungan dengan pengajaran Bahasa Melayu.
Jenis bidang ilmu lain : 

  • Ilmu Agama
  •  Ilmu Sains
  • Ilmu Matematik
  • Ilmu Sejarah
  • Ilmu Kajian Geografi
  • Ilmu Semasa