Wednesday, 6 February 2013

Tajuk 4 : Pemilihan Bahan Internet Untuk Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Melayu


Bahan pengajaran dan pembelajaran kini boleh diperolehi bukan hanya daripada buku-buku teks malah ia boleh didapati daripada bahan-bahan internet yang merupakan salah satu sumber yang besar dalam meyumbangkan bahan-bahan pengajaran. Hal ini kerana kita boleh mendapatkan bahan-bahan daripada negeri dan negara lain sebagai rujukan juga sebagai bahan bantu mengajar untuk kita gunakan dalam proses P&P terutamanya dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.
Pemilihan bahan internet untuk P&P Bahasa Melayu ini sering dipilih bagi pemilihan seperti berikut:

  •  Bahan sastera
  •   Bahan tatabahasa
  •  Bahan bidang ilmu lain

Berdasarkan aspek pendidikan, sebelum guru-guru menggunakan bahan-bahan sumber dari internet, sama ada untuk pengajaran dan pembelajaran secara langsung di bilik darjah atau sekadar sebagai bahan bantu mengajar yang telah terlebih dahulu dimuat turun, proses penilaian dan pemilihan perlu dilakukan. Hal ini perlu dilakukan supaya bahan sumber yang digunakan itu benar-benar membantu proses pengajaran dan pembelajaran. Perkara ini bagi mengelakkan timbulnya kesan negatif yang tidak dikehendaki atau djangka kepada proses pengajaran dan pembelajaran.


Rajah 1 : Ciri-ciri Pemilihan Bahan


Memilih Bahan Sastera

Bahan sastera merupakan bahan yang sering digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P). Bagi mendapatkan proses P&P yang berkesan, guru perlulah memilih bahan-bahan yang bersesuaian dengan tahap pembelajaran umur murid-murid mereka. Kriteria-kriteria tertentu perlulah diambil kira agar guru tidak tersalah memilih bahan yang ingin digunakan.


Rajah 2 : Jenis-jenis Bahan Sastera

Pemilihan bahan sastera mempunyai unsur-unsur tertentu yang berkait rapat
dengan bidang kesusasteraan. Menurut Hasim Awang (2003),empat unsur utama
harus diteliti ketika memilih bahan sastera dalam internet.

Rajah 3 : Unsur Utama Pemilihan Bahan Sastera

Memilih Bahan Tatabahasa

Bahan tatabahasa sebenarnya sering digunakan oleh guru untuk menjalankan latihan pengajaran. Kebiasaannya murid-murid sudah menguasai atau mengetahui bab yang dipelajari sebelum diberikan latihan tatabahasa ini. Hal ini kerana, pengajaran langsung daripada guru berkaitan tatabahasa lebih berkesan.
Jenis-jenis bahan tatabahasa
Senarai dibawah merupakan beberapa contoh jenis bahan tatabahasa
1. Kata Nama
2. Kata Kerja
3. Kata Tugas
4. Kata Sendi Nama
5. Peribahasa
6. Simpulan Bahasa

Memilih Bahan Bidang Ilmu Lain

Merujuk sukatan pelajaran Bahasa Melayu, Konsep 5P yang diperkenalkan telah memberikan peluang kepada guru untuk menjalankan pengajaran dan pembelajaran merentas bidang ilmu yang lain. Namun, pemilihan bahan ini haruslah berkaitan atau berkesinambungan dengan pengajaran Bahasa Melayu.
Jenis bidang ilmu lain : 

  • Ilmu Agama
  •  Ilmu Sains
  • Ilmu Matematik
  • Ilmu Sejarah
  • Ilmu Kajian Geografi
  • Ilmu Semasa

Tuesday, 29 January 2013

Tajuk 3 : Aplikasi Garis Panduan dan Etika Penggunaan Internet


Memindahkan Garis Panduan Dan Etika Penggunaan Internet Dalam Bentuk Brosur

Brosur
Brosur ialah untuk sebagai media promosi. Brosur ini digunakan di mana untuk memberi tahu atau memujuk masyarakat untuk melibatkan diri dalam sesuatu bidang yang tertentu. Brosur juga dapat digunakan dalam dunia perniagaan dimana dapat menyampaikan maklumat atau jualan yang diadakan.


Cara Membuat Brosur Dengan Menggunakan Microsoft Publisher

Mulakan dengan membuka perisisan Microsoft Publisher.


Setelah application sudah dibuka screen akan memaparkan gambar seperti berikut, kemudian pilih BROCHURE.

Langkah seterusnya pilih design yang anda minat( mengikut kesesuaian brosur).contoh design yang dipilih ialah Trendy Eclectic Design.


Padamkan gambar-gambar atau maklumat yang tidak diperlukan. Setelah itu letakkan pula logo atau gambar yang anda perlukan. Contoh gambar ialah Logo Syarikat.



Setelah itu masukkan butiran seperti:
  • Tajuk program yang  Setelah itu masukkan butiran seperti: akan diadakan
  • Nama penaja
  • Tarikh dan hari program akan diadakan
  • Aktiviti yang akan dijalankan
  • Matlamat program dan lain-lain butiran yang diperlukan



Proses seterusnya ialah proses untuk mencantikkan brosur anda.Ini bertujuan untuk menarik minat orang ramai untuk membaca brosur anda.

Contoh Brosur 'Garis Panduan dan Etika Penggunaan Internet'








Tajuk 3 : Aplikasi Garis Panduan dan Etika Penggunaan Internet


Pengenalan

Etika komputer umumnya adalah satu bidang yang berkaitan dengan penggunaan komputer yang betul (panduan). Hak peribadi individu, ketepatan dan kesahihan maklumat, harta intelek dan capaian adalah antara isu atau kes yang membabitkan etika penggunaan komputer dalam era maklumat.

Memuat turun garis panduan dan etika penggunaan internet
 
Garis panduan dan etika penggunaan internet telah dimuat turun dari enjin pencari maklumat di internet.

Objektif Kod Etika
i. Mengetahui masalah moral dan isu etika komputer
ii. Memahami prinsip etika komputer
iii. Memahami etika professional Teknologi Maklumat
iv. Mengetahui fungsi kod etika profesional
v. Keperluan etika komputer

Prinsip Kod Etika
 
i. Keseimbangan – kebaikan yang dibawa Teknologi Maklumat mestilah lebih baik daripada risiko dan keburukan
ii. Keizinan termaklum – Mereka yang menerima kesan teknologi maklumat mesti faham dan menerima risiko yang akan dihadapi
iii. Keadilan – Manfaat dan keburukan mestilah diterima oleh pengguna secara adil
iv. Meminimumkan risiko – TM mesti dilaksanakan dengan mengelak risiko yang tidak berkaitan dan diminimumkan agar manfaat yang diterima lebih daripada risiko


Rukun Etika

i. Tidak menggunakan komputer untuk membahayakan orang lain.
ii. Tidak mengganggu kerja komputer orang lain.
iii. Tidak menceroboh masuk fail komputer lain.
iv. Tidak menggunakan komputer untuk mencuri
v. Tidak menggunakan komputer untuk menipu.
vi. Tidak menggunakan atau menyalin perisian yang tidak dibeli secara sah (cetak rompak).
vii. Tidak menggunakan sumber daripada komputer orang lain tanpa kebenaran.
viii. Tidak mengambil hasil intelektual orang lain untuk diri sendiri.
ix. Memikirkan kesan sosial program atau sistem yang dibangunkan.

Kerangka Kod Profesional
 
i. Mengelakkan kemusnahan dan kemudaratan kepada sesiapa misalnya menyebarkan virus.
ii. Menyumbang kepada masyarakat seperti mereka bentuk produk baru yang memudahkan penggunaan berkomunikasi. 
iii. Menghormati sesuatu yang dianggap rahsia dan tidak menyebarkannya.
iv. Bersikap adil dan tidak menindas.
v. Menghormati hak cipta orang lain.
vi. Menghormati hak kebersendirian orang lain.

Sunday, 20 January 2013

Tajuk 2 : Menggunakan Internet, Enjin Pencari Bahan Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Melayu

Mengumpul dan Mengkategorikan Bahan Audio, Video, Grafik dan Teks

Proses Pengumpulan bahan boleh dilakukan dengan menggunakan pelbagai enjin pencari. Selain laman sesawang seperti Google dan Yahoo, sama ada seda atau tidak kita sering kali menggunakanenjin pencari maklumat yang telah pun sedia ada di dalam komputer.
Enjin pencarian itu dikenali sebagai ‘internet’.


Rajah 1 : Bentuk Enjin Pencari Bahan







Mengumpul Bahan Daripada Internet Ke Dalam Folder Berdasarkan Kemahiran Bahasa

Proses mengumpul bahan yang diperolehi daripada internet akan disimpan di dalam folder bahagian-bahagian tertentu mengikut kemahiran bahasa dalam Bahasa Melayu.

Langkah Pengumpulan Bahan
  • Mengumpul Bahan Audio
Contoh : Menggunakan Enjin Pencari Mediafire untuk muat turun bunyi ayam.
Sila klik pada pautan di bawah untuk memuat turun bunyi ayam 
http://www.mediafire.com/?bqn54j3ai2su oh9) 'bunyi ayam
  • Mengumpul Bahan Video
Contoh : Menggunakan Enjin Pencari youtube untuk memuat turun video.
Sila klik pada pautan di bawah untuk melihat video dan memuat turun video.
http://www.youtube.com/watch?v=FsXi3RwKcLg&feature=player_embedded
Video kanak-kanak (bapaku pulang dari kota)
  • Mengumpul Bahan Grafik
Bahan grafik biasanya boleh dimuat turun melalui enjin pencarian google dan fokuskan kepada grafik/gambar/picture.
Kemudian, gambar-gambar ini boleh dimasukkan ke dalam "Power Point" untuk dipersembahkan ketika proses P&P.
  • Mengumpul Bahan Teks
Contoh : Mengumpul bahan teks daripada enjin pencarian Scribd berkenaan teks melancong.
Sila klik pada pautan di bawah untuk melihat teks dan memuat turun (Melancong ke Melaka)
http://www.scribd.com/doc/52934653/teks-

Wednesday, 16 January 2013

Tajuk 1 : Penggunaan Enjin Pencari Bahan Bahasa Melayu

Apa itu Enjin Carian?

Enjin carian ialah sebuah pangkalan data yang menyimpan pautan-pautan laman web dan kata kunci atau frasa. Apabila anda menaip kata kunci ‘Malaysia’ pada Google atau Yahoo! misalnya, enjin carian akan mencari kata kunci yang dimasukkan dengan kata kunci yang terdapat di dalam indeks pangkalan data. Apabila kata kunci ‘Malaysia’ dijumpai, maka laman web yang berkaitan dengan ‘Malaysia’ akan dipaparkan kepada anda. Walau bagaimanapun, tidak semua enjin carian adalah sama. Sesetengah enjin carian akan mengindeks nama tajuk halaman sahaja, sesetengah enjin carian pula hanya akan mengindeks kandungan sahaja. Umumnya, servis carian internet boleh dikategorikan kepada dua: direktori dan enjin pencari. Apa yang membezakan antara enjin pencari dengan direktori ialah, pangkalan data bagi direktori mengandungi senarai alamat web yang dimasukkan oleh manusia manakala pangkalan data bagi enjin pencari pula dikompil melalui perisian robot yang dipanggil ‘spiders’. Spiders digunakan untuk mengumpul maklumat yang terdapat di dalam sesebuah laman web.

Bagaimana Enjin Pencari Berfungsi?

Apabila program spider masuk ke dalam sesebuah laman web, ia akan melakukan satu proses yang dipanggil sebagai crawling atau spidering. Dalam proses ini spider akan mengumpul semua perkataan dan frasa yang terdapat di dalam laman web tersebut dimana perkataan-perkataan ini akan diindekskan ke dalam pangkalan data. Kaedah ini juga dikenali sebagai indexing. Apabila seseorang masuk ke dalam servis enjin carian dan memasukkan kata kunci tertentu, enjin pencari akan memadankan soalan carian pengguna dengan perkataan yang terdapat di dalam pangkalan data. Apabila pasangan yang sama atau hampir sama dijumpai, keputusan akan dipaparkan kepada pengguna.

Contoh-contoh Enjin Carian

1) Google.com
2) MSN.com
3) Altavista.com
4) Yahoo.com



Rajah 1 : Contoh-contoh Enjin Carian




Google.com


MSN.com

Menggunakan Laman Web

Terdapat beberapa pembekal maklumat yang terdapat di internet seperti Yahoo, Google, MSN dan lain-lain. Untuk melayari internet dengan menggunakan pelayar tertentu, pengguna perlu menaipkan alamat internet. Selalunya, apabila pengguna mengklik ikon internet, maka pengguna akan dibawa terus ke halaman yang telah disetkan. Contoh alamat pembekal maklumat internet :



  • www.yahoo.com
  • www.google.com

Untuk mendapatkan bahan, taipkan nama bahan yang berkenaan di dalam kotak pencari dan kemudian klik pada Web search. Untuk mendapatkan bahan video, klik pada perkataan video dan kemudian klik di dalam kotak pencari bahan yang hendak diperolehi daripada internet. Bahan video boleh juga didapati daripada Youtube dengan menaipkan www.youtube.com.

Gunakan kotak pencari Yahoo! untuk mendapatkan bahan bunyi, teks, dan grafik. Kesemua bahan yang dimuat turun daripada internet, hendaklah disaring terlebih dahulu sebelum digunakan di dalam pengajaran Bahasa Melayu di bilik darjah. Guru perlu mengambil kira faktor agama, kepercayaan, adat resam, dan sensitiviti kaum sebelum menggunaan bahan yang diperoleh daripada internet.


Pemilihan Kata Kunci

Kata kunci yang dipilih haruslah sesuai dan bertepatan dengan maklumat yang ingin dicari. Pemilihan kata kunci yang terlalu panjang menjadikan skop pemilihan bahan menjadi terlalu besar. Sebagai contoh, pemilihan kata kunci nota Bahasa Melayu. Perkataan ini terlalu panjang ; “nota” + “Bahasa” + “Melayu”. Pengurangan pilihan boleh dibuat dengan menggunakan tanda “” sebagai contoh “nota Bahasa Melayu”. Penyenaraian akan dikurangkan dengan cara begini.

Menyimpan Bahan dalam Bentuk Fail Internet dan Katalog Internet

Fail internet terletak dalam folder di dalam laptop. Fail ini akan wujud setelah pengguna memuat turun bahan dari internet.